Rabu, 22 September 2010

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran.

1. Pencemaran udara

Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .


Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.
2. Pencemaran air
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
·         Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
·         Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
·         Penerokaan juga menyebabkan pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai


Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.
Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

3. Pencemaran laut

 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
·         Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
·         Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.
Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.


4. Pencemaran bunyi

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
·         Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.
·         Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
·         Kuari juga merupakan salah satu pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.
Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.




5. Pencemaran tanah

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
·         Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
·         Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
·         Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.



Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.













Selasa, 21 September 2010

Langkah-langkah Penyelesaian

Terdapat pelbagai jenis penyelesaian yang boleh kita dapati bagi mengelakkan masalah pencemaran ini terutamanya yang diakibatkan oleh sikap manusia itu sendiri. seharusnya, sikap manusia itu perlu diubah dan diberi kesedaran. barulah pencemaran akan kurang berlaku. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil adalah seperti berikut:-

a) Program Kempen Kitar Semula

Program kempen kitar semula bahan-bahan buangan adalah satu program yang dirancangkan khas bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan. Mana-mana bahan yang boleh diguna semula akan diasingkan dan dihantar ke tempat tertentu untuk diproses semula. Mulakanlah langkah tersebut hari ini juga dengan mengumpul bahan-bahan seperti kertas, kotak, bekas-bekas kaca, plastik dan aluminium.

Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti:-

1) Kertas
2) Botol Plastik
3) Kaca
4) Logam
5) dan lain-lain yang seumpama dengannya.

b) Elakkan atau kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan kita seharian.

1)Apabila anda membeli barang-barang keperluan di pasaraya atau kedai runcit, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.

2)Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda jika masih elok. Simpan beg ini kerana ia boleh digunakan semula.

3)Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitarkan semula. Alat-alat permainan plastik lama yang masih boleh digunakan boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan.

Rabu, 8 September 2010

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran daripada fenomena alam semulajad. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.
Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya.
Ia juga mungkin berbahaya kepada kesihatan, kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

• Pencemaran udara
• Pencemaran air
• Pencemaran laut
• Pencemaran tanah
• Pencemaran bunyi

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.

Khamis, 2 September 2010

Isu Semasa alam sekitar

    Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat banyak kes-kes yang terlibat termasuklah penipisan ozon,kejadian hujan asid,kesan terhadap rumah hijau dan banyak lagi. Kes sebegini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua golongan masyarakat bermula dari individu itu sendiri sehinggalah ke tahap dunia.
   Pencemaran ini haruslah ditangani segera kerana jika tidak,ia akan memberi kesan masa panjang.Jika kita dapat lihat sekarang ini,banyak kes-kes pencemaran yang di laporkan akibat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. 

   Pada masa kini ,terdapat banyak kes pencemaran yang berlaku tak kurangnya di Malaysia.Jika ingin dilihat dari sudut pencemaran udara,sekarang ini banyak kes yang terjadi akibat daripada pembakaran hutan secara berleluasa. sebagai contoh,Indonesia adalah salah satu negara penyumbang kepada kes pencemaran udara yang terbesar di rantau ini.
















 Isu  pertama yang ingin kami ketengahkan ialah kes pencemaran udara yang terjadi akibat daripada pembakaran sampah secara terbuka yang terjadi di kawasan Klebang,Melaka. Dengan wawasan ingin menjadikan Melaka sebagai negeri maju 2010, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melupuskan pusat pelupusan sampah yang terdapat di negeri itu. Walaubagaimanapun,langkah yang ingin di ambil oleh pihak kerajaan negeri di anggap sebagai langkah yang kurang bijak kerana jika perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasa tersebut. Jika kita sedar, benda yang terbuang ini mengandungi bahan yang berbahaya jika tidak di uruskan dengan baik. Maka, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri yang bersih.




Isu kedua ialah tentang kerakusan pihak yang terlibat dalam kecurian  pasir di Taman Paya Indah Wetlands di  Dengkil,Selangor. Kawasan ini adalah tempat perlindungan untuk badak air dan juga buaya. Malah, tempat ini juga di ishtiharkan sebagai tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari semua tempat. Seandainya tempat ini di perlakukan seperti ini,maka ekosistem di kawasan ini  akan musnah dan bertambah pupuslah keindahan alam yang terdapat di kawasan Wetlands. Punca berlakunya masalah ini adalah kerana permintaan yang tinggi kepada pasir yang terdapat  di kawasa itu.Pasir yang terdapat di situ ialah jenis pasir silika yang mana amat di perlukan di negara jiran kita,Singapura. Singapura memerlukan pasir jenis ini untuk membuat cip-cip mikro.
Kesan kepada kes ini, habitat-habitat haiwan yang berlindung di kawasan itu mula tergugat.
Pihak kerajaan haruslah mengambil berat tentang hal ini,jika tidak ia akan menyebabkan haiwan-haiwan ini pupus dari muka bumi ini.




 Isu yang ketiga ialah kes penggodolan tanah yang berlaku di Cameron Highland.Satu ketika dahulu,Cameron Highlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Cameron Highlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayur dan buah-buahan segar.Menurut kajian yang di buat oleh Jabatan Geologi Cameron Highlands,pada tahun 1993,didapati hampir 77.5% kawasan itu masih dipenuhi oleh hutan,tetapi menjelang tahun 2002,hutan di kawasan itu hanya tinggal 54.2% hutan saja. Ini menunjukkan bahawa Cameron Highlands mula  menghadapi masalah. 


   Perkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel dan petani  yang ingin melipatkan gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ.Kejadian menggondolkan tanah untuk tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. Sekiranya perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan malah mungkin mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan tahap keselamatan di situ. Sekiranya anda pergi ke Cameron Highlands sekarang ini,anda akan dapat melihat batas-batas tanaman di bina hingga ke puncak bukit dengan kecerunan 25 darjah celcius. 
  Kesan kepada kes ini, suhu Cameron Highlands mungkin akan meningkat dan itu akan menyebabkan kadar peratusan sektor pelancongan akan menurun. Selain itu, tanah runtuh dan  banjir lumpur pasti akan berlaku kerana taburan hujan di Cameron Highlands adalah sekitar 3000 mm setahun. Tanaman seperti periuk kera,paku gajah dan pokok-pokok eksotik yang lain turut akan terjejas daripada aktiviti yang tidak sihat ini.
   Seharusnya pihak berkuasa mengambil langkah yang bijak dalam menengani masalah ini untukk memastikan tempat ini masih seperti dahulu tanpa ade sebarang penjejasan. Pihak pengusaha hotel dan juga tanaman haruslah memainkan peranan penting kerana  jika mereka mementingkan wang ringgit daripada kerosakan ekosistem,maka ini akan memberi kesan yang teruk kepada semua pihak.Malah.mereka akan turut di persalahkan di atas semuakejadian yang terjadi.

BENTUK-BENTUK PENCEMARAN

Hampir semua negara di dunia, dalam usaha untuk mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduknya, kegiatan ekonomi mereka dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan bahawa manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Rajah 1-Pembuangan sampah mengakibatkan pencemaran

Pencemaran boleh didefinisikan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran lalu menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan juga sisa buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran boleh di bahagikan kepada dua jenis:-


1) Pencemaran Oleh Alam Semulajadi
2) Pencemaran Oleh Sikap Manusia


Pencemaran yang diakibatkan oleh alam semulajadi adalah seperti berikut:-

a) Ribut taufan
Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Rajah 2- Angin yang kuat sehingga boleh menumbangkan pokok.

b) Gempa Bumi
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).


Rajah 3- Gempa yang berlaku sehingga berlakunya tanah runtuh.

c) Letusan Gunung Berapi
Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung.Gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Rajah 4- Pertumpahan larva di kawasan jalan raya.

d) Banjir
Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.
Rajah 5- Banjir yang besar menenggelamkan sebuah kereta.

Pencemaran yang diakibatkan oleh manusia pula adalah seperti berikut:-

a) Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 6- Pencemaran udara hasil dari pembangunan industri


Rajah 7- Pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan
b) Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Rajah 8- Pencemaran air di kawasan pesekitaran rumah.


 c) Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
Rajah 9- Pesawat Boeing 747-400 berlalu agak dekat dengan kawasan perumahan sebelum mendarat.





Kesan dan Akibat pencemaran terhadap pemuliharaan alam

KESAN PENCEMARAN


Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat membuang sikap manusia yang sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.

Kesan- kesan negatif akibat proses pembangunan secara terburu-buru yang semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.




KESAN PENCEMARAN UDARA

Kesan terhadap Kesihatan Manusia 

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. 

 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

KESAN PENCEMARAN AIR


Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air,  tersebut  mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula  ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

 Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

KESAN PENCEMARAN TANAH

Kerosakan Tanah dan Kualitinya

Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

Hakisan Tanah

 Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat,  penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit

Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

KESAN PENCEMARAN BUNYI

Menggangu Persekitaran

Kesan-kesan  pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.

Masalah Pendengaran Manusia

 Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

Rabu, 1 September 2010

Badan-badan yang memperjuangkan dalam pencemaran alam sekitar


Pada suatu ketika dulu negara kita pernah di landa pencemaran udara yang amat teruk sekali pada 26 September 1997,iaitu jerebu.Pada masa itu keadaan negara kita amat kritikal,segala urusan-urusan terpaksa di tangguhkan,paling memberi impak yang besar ialah sektor penerbangan,serta-merta menjejaskan ekonomi negara kita. Dengan berlakunya pencemaran alam sekitar,pihak kerajaan telah melantik satu badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan masalah tersebut.Badan kerajaan yang telah dilantik adalah DBKL(Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa DBKL adalah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pencemaran alam sekitar.DBKL mempunyai beberapa jabatan yang mengendalikan kes tersebut. Jabatan yang mengendalikan pencemaran alam sekitar adalah UPAS ( Unit Perlindungan Alam Sekitar)

 Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS

Penguatkuasa pencemaran alam sekitar lebih dipertanggungjawabkan kepada Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS) di Jabatan Kesihatan DBKL yang telah ditubuhkan pada tahun 1987. Tugas utama unit ini ialah untuk mengenal pasti, menghapus, mencegah serta mengawal tahap pencemaran alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur.
Tugas utama UPAS adalah mengenal pasti, mengawal dan menghapuskan pencemaran atau kacauganggu tanpa merujuk mana-mana komponen alam sekitar secara khusus. Selain itu, unit ini juga bertindak memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan orang ramai terhadap perkara-perkara seperti bunyi bising, bau busuk, asap, effeluen dan lain-lain. Aspek utama yang ditekankan oleh unit ini adalah melalui tindakan penilaian, penguatkuasa undang-undang serta langkah-langkah kawalan. Sehubungan dengan itu, unit ini menyediakan program kerja untuk setiap tahun untuk penilaian dan penguatkuasaan.


Jabatan Alam Sekitar
Selain daripada DBKL, terdapat jugak sebuah organisani memperjuangkan pencemaran alam sekitar,iaitu Jabatan Alam sekitar juga dalam bahasa Ingeris di kenali sebagai Deparment of Enviroment (DOE). Matlamat utama jabatan ini ialah, alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan sekarang. Jabatan ini amat menitik beratkan perihal kebersihan yang ada dalam negara kita. Sebagai contoh,mereka akan memantau jika ada berlakunya pencemaran alam sekitar. Contoh, berlakunya hakisan tanah, mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membanteras gejalah tersebut.