Sabtu, 2 Oktober 2010

Jabatan Alam sekitar (International Union for Conservation of Nature )

Selain daripada jabatan alam sekitar yang terdapat di Malaysia, Negara luar juga menitik beratkan hal pencemaran alam sekitar, iaitu International Union for Conservation of Nature (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar) ialah pertubuhan antarabangsa yang mengkhususkan pemuliharaan sumber semula jadi. Diasaskan pada 1948, dengan ibu pejabatnya di kawasan Tasik Geneva di Gland, Switzerland, IUCN mempertemukan 83 negara, 108 agensi pemerintahan, 766 pertubuhan bukan kerajaan, dan 81 pertubuhan antarabangsa serta juga sekitar 10,000 pakar dan ahli sains daripada negara-negara di seluruh dunia. Misi Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar adalah untuk mempengaruhi, menggalakkan, dan membantu persatuan-persatuan di seluruh dunia memuliharakan keutuhan dan kepelbagaian alam sekitar serta memastikan bahawa sebarang penggunaan sumber alam semula jadi adalah adil dan dapat dikekalkan daripada segi ekologi.


Sejarah pertubuhan IUCN, Sir Julian Huxley, Ketua Pengarah pertama UNESCO, mengingini memberi UNESCO suatu asas yang lebih saintifik, lalu menganjurkan sebuah kongres untuk mengasaskan sebuah institusi alam sekitar yang baharu demi membantu mencapai tujuan tersebut. Dalam kongres pertama yang diadakan di Fontainebleau, Perancis pada 5 Oktober 1948, 18 buah pemerintahan, 7 pertubuhan antarabangsa, dan 107 pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi negara kesemuanya bersetuju untuk membentuk institusi tersebut dan menandatangani "akta perlembagaan" bagi tujuan mencipta sebuah Kesatuan Antarabangsa untuk Melindungi Alama Semula Jadi.Sejak permulaan itu, strategi dan dasar utama institusi adalah untuk memeriksa dan mempromosikan usaha pemuliharaan yang saling memanfaatkan dan yang bersesuaian dengan usaha untuk menggalakkan pembangunan serta membantu penduduk dan negara memelihara flora dan fauna dengan lebih berkesan. Sebagai prinsip kendalian utama, institusi itu sentiasa menegaskan keperluan untuk memenuhi keperluan negara, komuniti, dan penduduk tempatan supaya mereka boleh mengambil pemilikan matlamat dan tujuan pemuliharaan jangka panjang masa depan di kawasan masing-masing.