Selasa, 21 September 2010

Langkah-langkah Penyelesaian

Terdapat pelbagai jenis penyelesaian yang boleh kita dapati bagi mengelakkan masalah pencemaran ini terutamanya yang diakibatkan oleh sikap manusia itu sendiri. seharusnya, sikap manusia itu perlu diubah dan diberi kesedaran. barulah pencemaran akan kurang berlaku. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil adalah seperti berikut:-

a) Program Kempen Kitar Semula

Program kempen kitar semula bahan-bahan buangan adalah satu program yang dirancangkan khas bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan. Mana-mana bahan yang boleh diguna semula akan diasingkan dan dihantar ke tempat tertentu untuk diproses semula. Mulakanlah langkah tersebut hari ini juga dengan mengumpul bahan-bahan seperti kertas, kotak, bekas-bekas kaca, plastik dan aluminium.

Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti:-

1) Kertas
2) Botol Plastik
3) Kaca
4) Logam
5) dan lain-lain yang seumpama dengannya.

b) Elakkan atau kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan kita seharian.

1)Apabila anda membeli barang-barang keperluan di pasaraya atau kedai runcit, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.

2)Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda jika masih elok. Simpan beg ini kerana ia boleh digunakan semula.

3)Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitarkan semula. Alat-alat permainan plastik lama yang masih boleh digunakan boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan.