Rabu, 22 September 2010

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran.

1. Pencemaran udara

Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .


Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.
2. Pencemaran air
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
·         Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
·         Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
·         Penerokaan juga menyebabkan pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai


Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.
Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

3. Pencemaran laut

 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
·         Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
·         Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.
Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.


4. Pencemaran bunyi

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
·         Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.
·         Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
·         Kuari juga merupakan salah satu pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.
Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.




5. Pencemaran tanah

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
·         Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
·         Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
·         Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.



Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.