Rabu, 8 September 2010

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran daripada fenomena alam semulajad. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.
Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya.
Ia juga mungkin berbahaya kepada kesihatan, kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

• Pencemaran udara
• Pencemaran air
• Pencemaran laut
• Pencemaran tanah
• Pencemaran bunyi

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan